Monday, 21 March 2016

Quotes Untuk Hari Ini

“You gain strength, courage, and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You must do the thing which you think you cannot do.”

Eleanor Roosevelt


Anda memperoleh kekuatan,keberanian,dan keyakinan dengan setiap pengalaman dimana anda betul2 berhenti untuk melihat ketakutan pada wajah anda.Anda mesti lakukan benda yang anda fikir anda tidak dapat lakukan.

Baca sekali dua,macam salah pulak terjemahan quotes tu jadik bahasa melayu.

Untuk hari ini,monday blues,perasaan malas nak pergi kerja,macam nak ke langit.Tapi apakan daya,demi nak cari duit,paksakan je lah diri tu,huhu.

Oklah,sepertimana yang telah anda baca quotes yang saya kongsikan tu,ia adalah sebagai penambah semangat saya untuk melakukan kerja dimana kerja yang saya buat adalah banyak melibatkan penggunaan ilmu kejuruteraan/engineering.Setiap kerja yang diberi adalah baru kepada saya.Oleh tu,saya kena berfikir sendiri bagaimana untuk meyiapkan kerja itu mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh pengurus tempat kerja.Setiap pengiraan,ukuran & nilai tolerance perlu betul2 tepat dan jika lari dari ukuran maka kerja perlu dibuat semula.Fuhh,untuk orang yang masih baru mcm saya,tekanan tak tentu pasal.Kadang2 takut buat silap,duduk tak buat kerja,haha.Nasib baik pengurus kilang baik orangnya,apa2 benda yang pekerja2 lain tidak tahu,beliau akan tolong & ajar mereka sehingga faham termasuklah saya.Kadang2 tu juga,time buat kerja,tiba2 ditegur buat kerja xikut prosedur yang betul.
Haa,hilang semangat nak kerja.Tapi saya masih baru,terima je la secara positif,huhu.

Untuk yang baru nak kembangkan pengalaman kerja dan selalu buat silap,xberapa mahir buat kerja macam saya ni,memang sangat sesuailah merenungkan quotes tu,betul tak.

Tapi apa2 pun,quotes tu memang saya suka.Saya kongsikan bukan setakat untuk diri saya sahaja tapi untuk mereka yang lain juga.

Dan bagi saya,quotes boleh membantu untuk seseorang itu lebih yakin untuk menjalani kehidupan yang lebih baik & positif.

Sekian.



No comments:

Post a Comment