Friday, 18 March 2016

Pembayaran Balik Hutang Ptptn..


Pembayaran Balik Hutang Ptptn..




bayar semula hutang Ptptn anda







PTPTN...


Untuk mereka yang pernah/tengah belajar kat ipt/ipta,universiti dan kolej2 tu tentu familiar tentang singkatan ne kan...

Haa,yang tulah,pinjaman kewangan untuk mengcover/membayar segala yuran,perbelanjaan dan sebagainya ketika masih dalam pengajian.


Pinjaman@loan@hutang...



Diingatkan,Ptptn adalah satu pinjaman kewangan yang WAJIB dibayar balik selepas sahaja tamat pengajian.Peminjam perlu membayar jika tidak ingin disenaraihitam & dihalang daripada keluar negara.Hmmm,inilah salah 1 ayat yang biasa didengar oleh para peminjam.


Ok,bagi saya,untuk melepaskan diri dari hutang Ptptn yang cukup2 membebankan  ini,mudah sahaja.Caranya,cari kerja(xkiralah kerja apa2 pn yang penting halal).Untuk fresh graduate,cari kerja sebaik tamat pengajian,jangan cakap nak rehat beberapa bulan konon dah penat belajar bertahun-tahun.Haa,part tu biasalah kan.Lepas tu,bayar lah tiap bulan,bayar setakat mampu.Rm50 ke.Yang penting bayar.Orang berpengalaman kata,disiplinkan diri & bayar hutang.Nak cepat habis hutang,bayar lebih.Jangan tangguh2 bayar sebab hutang akan semakin bertambah bab interest dalam pinjaman.


Dalam bab2 interest@bunga ni,saya sendiri dah kena,haha.Sakit jugaklah bila beberapa kali terima surat cinta daripada Ptptn ni(sebenarnya surat amaran).Jumlah yang perlu dibayar balik,tunggakan selepas tidak membayar hutang beberapa bulan,kos perkhidmatan,perghh,makin bertambah pula hutang ne.


Gara2 semua tu,baru terfikir nak bayar hutang,huhuhu.....


Namun,berdasarkan pemerhatian saya menerusi blog2 lain yang saya kunjungi,terdapat banyak kaedah untuk menjana pendapatan sampingan bagi memudahkan si peminjam untuk membayar hutang Ptptn ini.Hmm,terfikir juga nak ikut cara dorang tu tapi boleh ke,mampu ke...


Apa-apa pun,yang baiknya saya dah mula bayar,anda?bila lagi...



No comments:

Post a Comment