Thursday, 8 November 2018

Cara Bayar PTPTN tanpa Caj

Hi member - member sekalian, 

Kali ini saya nak share cara untuk membayar PTPTN tanpa dikenakan caj. Kaedah ini adalah menggunakan pembayaran secara online iaitu melalui JomPay

Untuk pengetahuan korang, saya masih dalam proses membayar semula hutang pinjaman Ptptn saya.Untuk membayar semula, biasany saya menggunakan JomPay.

Ok,saya ajarkan caranya ok,

Step 1:
Pergi ke website ini, JomPay




Masukkan No kad pengenalan anda.Dan anda akan nampak rujukan JomPay anda seperti kat bawah ni. 



Buka tab baru, masuk@log in ke dalam akaun bank anda. Contohnya, saya pakai Maybank2u. 
Kemudian,search & klik bahagian JomPay
Select Make a one-off payment seperti di atas. 
Dan anda akan nampak paparan seperti di atas. Masukkan butiran rujukan JomPay anda seperti Biller code, Ref 1 & Ref 2(no hp anda) .

Kemudian klik continue, 

Kemudian masukkan nombor Tac anda dan klik continue sehingga pembayaran anda Successful.

Selesai,mudah je kan, haah,try la kaedah pembayaran ini, huhuhu.... 



Wednesday, 7 November 2018

Hati-hati Membeli Barang Melalui Mudah.my

Hi member-member sekalian,

Kali ni saya ingin kongsikan tentang pengalaman saya membeli barang melalui Mudah.my. Straight to the point, saya telah ditipu hidup2 oleh satu seller yang kononnya menjual sebuah used laptop dengan harga yang rendah.Ads@iklan yang dipaparkan adalah sangat menyakinkan malah sangat real & tidak mencurigakan.Seller tersebut kononnya seorang bekas student yang ingin menyelesaikan hutang Ptptn dengan mnjual laptopnya.Seller adalah seorang perempuan yang menggunakan nama Rozina Ariza bt hassan. Ads tersebut tidak sempat saya screenshot coz tidak terfikir pun akan ditipu. Tanpa berfikir panjang@sedalam-dalamnya,saya chat seller tu melalui whatsapp. Boleh rujuk screenshot chat saya dengan seller tu dibawah










Ishhhhh, sakit hati gila.
Sampai xboleh fikir nak buat apa, buntu nak buat tindakan yang sepatutnya.Utk pengetahuan korang, ini first time sy kena penipuan online ne.Jika ada siapa2 yang pernah kena dengan penipuan online spt ini, boleh share kat ruangan comment. Mungkin ada yg nak kongsi tips@cara nak dapatkan balik duit yg ditipu.

Utk hal ini, sudah tentu jadi pengajaran bagi saya.

So guys, saya nak nasihatkan, hati2 ketika membeli barangan online, jangan gunakan banking online jika membeli melalui Mudah.my.. Lebih baik melalui kaedah COD, ataupun melalui Paypal.

Mungkin walaupun korang dh ada kesedaran tentang kes2 penipuan online mcmni, saya tetap nak ingatkan sekali lagi jangan bagi duit melalui online banking walaupun nampak meyakinkan.Fikir bekali-kali ketika berurusan dengan seller yang kononya trusted dan pandai memujuk.

Aduihhh, masih sakit hati lagi ni woi,Tuhan saja lah yg mampu membalas perbuatan si penipu@pencuri tu.,huhuhu