Sunday, 22 January 2017

Kesan Membayar Hutang PTPN




Macam lain pla bunyi tajuk post kali ne ye,ada plak kesan2nya..

Apa2 pun sy nak kongsi skit tentang kesan2 yang diperoleh jika kita membayar hutang pendidikan Ptptn yang kita buat semasa menyambung pelajaran kita ke peringkat tinggi.Haaah,pandai pinjam mestilah pandai bayar balik kan.Dah ada kerja,dah ada pendapatan sendiri kenalah juga selesaikan hutang Ptptn kita,dah selesai tu konfom perasaan lega & gembira bertandang dalam hati sanubari kita,betul tak..

Ok,seperti yang anda tahu(tahu ke?),sy sendiri ada membuat hutang Ptptn ini.Dan sy telah mula membuat pembayaran secara ansuran/bulanan sejak tahun 2015 namun tidak konsisten.Sy mula membayar secara konsisten pada tahun 2016 iaitu semenjak sy dikehendaki oleh Ptptn untuk membayar tunggakan sy yang semakin bertambah.Punyalah main sakit hati malah terkejut sakan bila nampak tunggakan berjumlah Rm2660 tertulis dalam notis tuntutan dari Ptptn ne.Rm2660 tu banyak ow!!Bagi sy la,xtw la bagi kmu yang kaya raya ne kan,hehe..

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung
Notis tunggakan dari Ptptn


Akibat daripada tunggakan ini,sy nama sy diblacklist dan masuk ke dalam sistem CCRIS.Haaaa,dalam Ccris ne la yang menyimpan segala maklumat kewangan anda.Jika anda ada membuat apa2 pinjaman/loan dan terdapat tunggakan maka nama anda akan masuk ke dalam sistem ini.Nak tahu lebih lanjut anda boleh datang sendiri ke Bank Negara dan discuss sendiri dengan pegawai kat sana.Saya nak terangakn susah plak.Nak cek blacklist Ccris kat sana jugak.Mudah je cek Ccris ne sma mcm gi kluar duit kat Atm.Caranya,datang ke Bank Negara bawa bawak ic,go to kaunter Ccris,cucuk ic & thumbprint,pilih menu Ccris.Dah tu komputer akan print slip Ccris anda.




Ok,berbalik kepada kesan membayar Ptptn ne,sy listkan ye:

1.Hutang pinjaman Ptptn berkurangan.Ofkos lah berkurangan kan,dah bayar mestilah kurang takkan bertambah.Tapi yang baiknya kita mula membayar hutang,rasa lega tu ada bila semak penyata baki hutang yang berbelas ribu bertukar menjadi ribu.

2.Kosong tunggakan.Kita cuma akan selesaikan tunggakan bila kita gagal untuk membuat loan baru contohnya loan kereta atau motor dan dihalang untuk keluar negara.Oleh sebab itu,kita tidak akan teragak-agak untuk menyelesaikan segala tunggakan yang ada supaya urusan membuat loan baru atau keluar melancong/berbulan madu dapat berjalan lancar tanpa halangan.

3.Nama bersih dalam sistem CCRIS.Maksudnya,nama kita bersih dari blacklist dan mudah membuat loan baru.

4.Lebih konsisten membayar hutang.Tak bayar hutang 1 bulan automatik nama masuk dalam Ccris.Yang takut diblacklist konfom rajin membayar tiap bulan.

5.Cari alternatif lain untuk tambah pendapatan.Dengan wujudnya hutang2 ini,tentu kita akan memikirkan alternatif2 lain untuk menambah duit saku kita.Jika harapkan gaji kerja sedia ada tentu tidak mencukupi untuk belanja bulanan kita.Berbisnes sendiri adalah contoh alternatif untuk tambah pendapatan.

6.Sukar untuk membuat keputusan.Maksud saya,kita nak beli rumah,kereta atau motor tetapi adanya hutang Ptptn yang belum selesai kita terpaksa berfikir lebih jauh untuk menentukan mana yang terbaik untuk kita.Tentunya ia akan menjadi satu dilema.Namun sesetengah orang pasti tiada masalah untuk menambah komitmen bulanan mereka.



Itu antara kesan yang saya dapat sepanjang membayar semula pinjaman PTPTN ne.Kalau ada yang dapat anda tambah,sila lah komen post ini dan di masa akan datang saya akan updatekan lagi tentang misi perjalanan saya melangsaikan hutang Ptptn ini,pendek kata,Road to Zero Ptptn debt!


Sekian,have a nice day!