Selamat pagi.
Pagi ni,saya terbaca satu mesej yang dikongsi melalui group whatsapp dimana mesej yang disampaikan adalah dalam bentuk sebuah cerita.Baca punya baca,dari mula sampai habis,cerita tu simple je tapi menarik.Banyak nasihat2 yang berguna dapat saya lihat.Saya tengok,nasihatnya iaitu dari segi kehidupan harian sedikit sebanyak boleh mendorong kita untuk menjalani kehidupan yang lebih positif dan bertoleransi kepada sesama kita.
Dalam bab berfikir tu,kena sangat ngan saya.Apa tidak,tiap2 hari berfikir tentang masa depan,kadang2 fokus tu kurang gara2 berfikir banyak,fuhh..
Apps whatsapp sememangnya satu medium yang sangat baik dalam penyebaran suatu maklumat,info2 semasa,gambar2,audio & video & sebagainya.Saya dapat lihat orang2 sekeliling saya menggunakan app whatsapp untuk berhubung dan berkongsi maklumat lokasi & situasi semasa.
Ok,nilah mesej yang dikongsi dalam group whatsapp tu.Kalau suka boleh copy & share..
Sebuah cerita yang menarik...
Seorang lelaki Amerika berjalan ke sebuah restoran di London. Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat seorang lelaki Afrika duduk di sudut restoran itu.
Jadi dia berjalan ke kaunter, dikeluarkan dompetnya dan menjerit, "Waiter! Aku mahu membeli makanan untuk semua orang di restoran ini, kecuali lelaki hitam Afrika di sana!"
Jadi pelayan mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma kepada semua orang di restoran itu, kecuali si Afrika. Walau bagaimanapun, tanpa rasa kecewa, si Afrika hanya melihat pada lelaki Amerika dan menjerit, "Terima kasih!"
Dengan rasa amat marah, lelaki Amerika itu mengeluarkan dompetnya dan menjerit sekali lg,
"Waiter! Kali ini aku membeli botol wain dan makanan tambahan untuk semua orang di bar ini, kecuali si Afrika di sudut sana!"
Pelayan terus mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma dan wain itu kepada semua orang di bar kecuali si Afrika. Apabila pelayan selesai memberi makanan dan minuman... Sekali lagi tanpa rasa marah, malah si Afrika tadi hanya tersenyum kepada lelaki Amerika dan menjerit, "Terima kasih!"
Lelaki Amerika itu semakin marah. Sambil dia bersandar di kaunter dan berkata kepada para pelayan: "Apa yang tidak kena dengan lelaki Afrika itu? Aku telah membeli makanan dan minuman untuk semua orang di bar ini kecuali dia, dia bukannya menjadi marah, akan tetapi dia hanya duduk di sana malah tersenyum padaku sambil menjerit "Terima kasih." Adakah dia gila"
Pelayan itu tersenyum pada lelaki Amerika dan berkata, "Tidak, dia tidak gila. Dia adalah pemilik restoran ini"
Mungkin anda nampak seseorg seperti musuh anda tetapi tanpa anda sedari dia memihak kepada anda.
π¬ MARAH
πJauhi kemarahan. Ia hanya akan menyakitkan diri anda sendiri!
π Jika anda betul maka tidak ada keperluan untuk marah,
π Dan jika anda salah maka anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk marah.
π¬ SABAR
πSabar dengan keluarga adalah Kasih
π Sabar dengan orang lain adalah Hormat
π Kesabaran dengan diri adalah keyakinan dan kesabaran pada Allah ialah Iman.
π¬ BERFIKIR
π Jangan sekali-kali berfikir tentang Masa Lampau, Ia suatu Penderitaan ...
π Jangan berfikir lebih mengenai Masa Depan, ia menjadikan anda lebih Takut ...
π¬ Hadapi kehidupan ini dengan senyuman, Ia akan membawa Kebahagiaan
π¬Setiap ujian dalam kehidupan kita membuatkan kita semakin teruk atau semakin baik.....
π¬ Setiap masalah datang sama ada untuk mengeratkan atau menghancurkan sebuah perhubungan
π¬ Pilihan adalah milik kita sama ada kita menjadi mangsa atau sebaliknya.
π¬ Sesuatu yang Cantik tidak selalunya Baik akan tetapi Sesuatu yang Baik selalunya Cantik
π¬ Adakah anda tahu mengapa Allah menciptakan ruang antara jari?
πSupaya seseorang yang terbaik datang dan mengisi ruang2 itu dgn memegang tangan anda utk selama-lamanya.
π¬ Kebahagiaan menjadikan Anda Manis.. Tetapi menjadi Manis akan membawa Kebahagiaan.
Kongsikanlah bersama mereka yg TERBAIK dlm kehidupan anda.....